Thursday, January 20, 2011

bila rindu.

RINDU
Aku tak tahu
sama ada rindu itu keindahan
atau kepedihan
atau mungkin membawa makna
kedua-duanya
Rindu itu apabila didiamkan
tak juga hilang
apabila diluahkan
tak juga berkurang
Rindu
ibarat kehangatan mentari
yang mengingatkan kita
bahawa matahari sentiasa ada
walaupun jauh
Adakah rindu yang mengundang cinta
atau cinta yang mengundang rindu?
Benarkah sebuah pertemuan
akan mengubat rindu
atau menambah rindu?
Aku rindu padanya
dan aku tak tahu
adakah ini keindahan
atau kepedihan

- miss u very much =( -






ehsan dari *abg syikin* :P sila klik kat situ utk puisi2 yg mantap. nak bepuisi kat situ pon boleh jgk =)

1 comment:

luahan rase